Monday, November 21, 2011

cinta pandang pertama


tidak pernah aku terfikir yang aku akan jatuh cinta
dengan begitu mudah sekali.
mungkin ini lah yang dinamakan takdir cinta pandang pertama.
memang pun.
aku mula menyukainya ketika aku terlihat si dia buat
kali pertama dan daripada pandangan pertama itula
yang membuat aku jatuh cinta padanya.

lagipun layanan yang di berikan tidak pernah menghampakan.
aku seolah-olah mendapat lombong emas apabila aku sudah mula
berkawan dengan si dia.
aku juga sentiasa mengambil kesempatan untuk bersamanya.
pantang ada kesempatan,
mesti aku berusaha untuk menyelit di celah-celah 
kelompok orang ramai kerana mahu berada di tempat yang sama
dengannya.

orang kata tidak salah mengambil risiko walaupun kita tidak 
tahu pengakhirannya bagaimana.
tiada lagi istilah perigi cari timba.
di zaman moden nie.
kalau kita tidak berusaha dan mengambil langkah-langkah 
berani mungkin si dia sendiri tidak sedar akan kewujudan kita.
jangan takut untuk ditolak kerana itu boleh menjadi iktibar,
tetapi jika berjaya mendapat apa yang kita terlalu ingin kan,
ha....bukan kan kita adalah orang yang paling bahagia
apabila saat itu tiba ?

No comments: